CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 2 Julai 2008

TING-TING

Salam sejahtera semua! pasti semua ingin tahu apa yang saya ingin katakan...
Saya akan mengatakan sedikit tentang permainan tradisional seperti yang dikatakan pada pos saya yang sebelum ini.

Sebenarnya, saya tidak banyak berpengalaman tentang adat dan budaya kita tetapi saya kenal sedikit daripada seribu permainan yang dimainkan oleh orang melayu zaman dahulu dan juga kini.berangkali.. pasti ramai menganali permainan yang terkenal di seluruh dunia ini. Ia dinamakan...ting-ting,atau lebih dikenali sebagai 'Hopscotch'di dalam bahasa Inggeris. Cara-caranya ialah seseorang itu hanya diberikan satu peluang untuk berlompat di satu daerah dan juga berlompat sebanyak sembilan kali ke penghabisan permainan itu.

Alat yang digunakan untuk menandakan tempat yang tidak sepatutnya tidak patut dilompati boleh ialah seperti batu,kulit kerang dan benda-benda yang kecil dan keras.

Ramai orang Barat gemar bermain permainan ini kerana ia adalah satu permainan yang menguji stamina dan kesabaran seseorang itu. Permainan ini juga amat diminati kerana ia merupakan sesuatu yang boleh dilakukan pada waktu lapang dan alat-alat yang digunakan senang dicari dan juga sangat murah.

Sampai jumpa lagi!
Masyithah.

0 ulasan: