CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 8 Julai 2008

permainan tradisional melayu..karangan

Karangan Expository

Terdapat pelbagai macam permainan Melayu. Contohnya, kita tahu bahawa, gasing, congkak, ting-ting dan juga batu seremban adalah beberapa dari permainan tradisional melayu. Pada pendapat saya, permainan kegemaran saya adalah ting-ting kerana ia menguji seseorang itu dengan stamina dan juga kesabaran.



Ting-ting dapat dimainkan dengan cara yang paling senang kerana, kanak-kanak perempuan di kawasan kampong dapat malukis sebuah catatan untuk menunjuk tempat ataupun kawasan empat segi yang digunakan untuk menandakan daerah pemain tidak patut melompati.



Permainan ini bergantung kepada cuaca kerana ia sering dimainkan di luar. Namun, kini, kami jarang melihat lukisan ting-ting di taman-taman kita ataupun di laman rumah kita. Ia adalah kerana kita tidak dibenarkan membuat sebegitu. Ia mengatorkan hak awam. Tetapi, jika kita melawat daerah kampong-kampong di malasia, masih ada banyak yang melukis lukisan ini di luar halaman mereka untuk bermain dengan rakan ataupun jiran mereka. Kita tidak perlu bersedih kerana kita boleh bermainnya di rumah juga jika jika ibu-ibu kita membenarkannya. kita hanya memerlukan kapur untuk melukis tanda-tanda kotak untuk permain melompat dan sebuah alat untuk melontar ke dalam kotak. Ini adalah untuk membuat permainan ini lebih susah.

Pada pendapat saya, sebagai orang melayu, kita harus melestarikan permainan ini supaya anak cucu kita boleh merasakan kegembiraan bermain permain ini sebagai buah tangan dari masa dahulu merema. Saya berharap supaya kita tidak melupakan tradisi yang di gabungi oleh nenek dan datuk kita.

0 ulasan: