CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 10 Julai 2008

Wau/Layang-layang

Wau atau lebih dikenali sebagai layang-layang adalah satu daripada permainan tradisi melayu. selalunya wau di tempat-tempat awam yang besar contohnya, padang ataupun laut. Perkataan WAU itu sebenarnya berasal dari negeri Thailand. Hanya di Kelantan, Terangganu, Perlis dan Kedah sahaja memanggilnya wau.

PROSES MEMBUAT '' WAU ''

  1. ukur kertas dengan saiz bingkai
  2. kemudian kertas ditandaa dengan pensel dan perlu dilebihkan dua sentimiter dari rangka bingkai.
  3. potong kertas tersebut dan lebihnya dipotong dalam bentuk '' V ''
  4. letakkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam yang diperbuat darpada kanji.

SAMPAI SINI SAJALAH JUMPA LAGI YA! MASYITHAH

Selasa, 8 Julai 2008

permainan tradisional melayu..karangan

Karangan Expository

Terdapat pelbagai macam permainan Melayu. Contohnya, kita tahu bahawa, gasing, congkak, ting-ting dan juga batu seremban adalah beberapa dari permainan tradisional melayu. Pada pendapat saya, permainan kegemaran saya adalah ting-ting kerana ia menguji seseorang itu dengan stamina dan juga kesabaran.



Ting-ting dapat dimainkan dengan cara yang paling senang kerana, kanak-kanak perempuan di kawasan kampong dapat malukis sebuah catatan untuk menunjuk tempat ataupun kawasan empat segi yang digunakan untuk menandakan daerah pemain tidak patut melompati.



Permainan ini bergantung kepada cuaca kerana ia sering dimainkan di luar. Namun, kini, kami jarang melihat lukisan ting-ting di taman-taman kita ataupun di laman rumah kita. Ia adalah kerana kita tidak dibenarkan membuat sebegitu. Ia mengatorkan hak awam. Tetapi, jika kita melawat daerah kampong-kampong di malasia, masih ada banyak yang melukis lukisan ini di luar halaman mereka untuk bermain dengan rakan ataupun jiran mereka. Kita tidak perlu bersedih kerana kita boleh bermainnya di rumah juga jika jika ibu-ibu kita membenarkannya. kita hanya memerlukan kapur untuk melukis tanda-tanda kotak untuk permain melompat dan sebuah alat untuk melontar ke dalam kotak. Ini adalah untuk membuat permainan ini lebih susah.

Pada pendapat saya, sebagai orang melayu, kita harus melestarikan permainan ini supaya anak cucu kita boleh merasakan kegembiraan bermain permain ini sebagai buah tangan dari masa dahulu merema. Saya berharap supaya kita tidak melupakan tradisi yang di gabungi oleh nenek dan datuk kita.

Ahad, 6 Julai 2008

BATU SEREMBAN

Batu seremban adalah satu daripada permainan tradisional yang saya pernah kayakan. Namun begitu, batu seremban adalah permainan yang paling susah dimainkan kerana seseorang itu harus berpengalaman untuk,memainkanya. Batu seremban selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan secara individu ataupun sekumpulan. Untuk memain permainan ini, anda perlukan lima objek kecil ang cukup ringan untuk di lempar

GASING

Pasti ramai yang pernah dengar ataupun pernah bermain dengan permainan yang dinamakan, Gasing. Ia amat popular pada zaman sekarang kerana kita boleh mendapatinya di mana-mana sahaja. Walaupun begitu, gasing-gasing yang kami boleh dapati itu lain dari yang tradisional. Gasing adalah satu permainan yang boleh berputar di atas sesuatu titik yang boleh memutarnya. Ia dimainkan selepas musim menuai.
Pemenang gasing berdasarkan waktu yang terlama gasing itu dapat berputar.

CARA-CARA:
Gasing selalunya diperbuat daripada kayu. Namun kini, ramai dari gasing-gasing diperbuat daripada plasik. Kayu-kayu yang sering digunakan ialah,kayu berbaru, kemuning, merbau, rambai, durian dan kundang.
Talinya pula dibuat daripada kulit pokok berbaru.

Rabu, 2 Julai 2008

TING-TING

Salam sejahtera semua! pasti semua ingin tahu apa yang saya ingin katakan...
Saya akan mengatakan sedikit tentang permainan tradisional seperti yang dikatakan pada pos saya yang sebelum ini.

Sebenarnya, saya tidak banyak berpengalaman tentang adat dan budaya kita tetapi saya kenal sedikit daripada seribu permainan yang dimainkan oleh orang melayu zaman dahulu dan juga kini.berangkali.. pasti ramai menganali permainan yang terkenal di seluruh dunia ini. Ia dinamakan...ting-ting,atau lebih dikenali sebagai 'Hopscotch'di dalam bahasa Inggeris. Cara-caranya ialah seseorang itu hanya diberikan satu peluang untuk berlompat di satu daerah dan juga berlompat sebanyak sembilan kali ke penghabisan permainan itu.

Alat yang digunakan untuk menandakan tempat yang tidak sepatutnya tidak patut dilompati boleh ialah seperti batu,kulit kerang dan benda-benda yang kecil dan keras.

Ramai orang Barat gemar bermain permainan ini kerana ia adalah satu permainan yang menguji stamina dan kesabaran seseorang itu. Permainan ini juga amat diminati kerana ia merupakan sesuatu yang boleh dilakukan pada waktu lapang dan alat-alat yang digunakan senang dicari dan juga sangat murah.

Sampai jumpa lagi!
Masyithah.

Jumaat, 27 Jun 2008

apa yang ku lupai

Bilakah masa terakhir kamu bermain congkak dan permainan tradisional yang lain? Hm...pasti ada ramai yang akan mengatakan...'tidak tahu' atau, 'apa itu congkak?'. Saya pun begitu. Macam mana kita hendak mengingati permainan-permainan ini jika kita tidak meneruskan adat atau tradisi datuk nenek kita? Hai... sedih benar ya? Padahal, ramai bangsa lain, seperti orang barat dan orang berbangsa china dan india asyik mengkaji tentang tradisi kami,tidakkah kamu berasa sedih dengan kenyataan ini? jika ia......